Loading...
KM 24, KOK LANAS, KELANTAN +6097889126/644 Ahad - Rabu : 08.00 AM - 05.00 PM , Khamis : 08.00 AM - 03.30 PM

SELAMAT DATANG KE SISTEM ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

Perkhidmatan Yang Disediakan

Sistem Aduan Dan Maklumbalas Pelanggan

Terdapat dua perkhidmatan yang kami sediakan untuk salurkan aduan @ maklumbalas pelanggan

Maklumbalas Pelanggan

Tujuan sistem adalah untuk aduan dan maklumbalas kepada perkhidmatan dan organisasi PKB.

Daftar Maklumbalas

Kerosakan Peralatan

Tujuan sistem adalah untuk melaporkan kerosakan Peralatan (ICT @ Infrastruktur) di PKB

Daftar Kerosakan

SOALAN LAZIM

Ada Soalan? Sila Baca Dulu

Q1) Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke Politeknik?

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti adalah melalui Sistem UPU online manakala bagi sesi Disember melalui pautan Portal Pengambilan Pelajar

Q2) Apakah program-program yang ditawarkan di Politeknik Malaysia?

Senarai program yang ditawarkan oleh politeknik boleh dilayari di

Q3) Berapakan yuran yang dikenakan semasa mengikuti program di Politeknik?

i. Yuran Pengajian - RM 200 setiap semester
ii. Bayaran Pendaftaran - dianggarkan RM 600 (dibayar semasa mula-mula mendaftar sahaja)

Q4) Dimana saya boleh dapatkan maklumat berkaitan prosedur pendaftaran pelajar baru?

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan kemasukan dan pendaftaran pelajar baru, sila berhubung terus dengan pihak JHEP PKB. Sila hubungi operator di talian 09-7889126/ 9641/ 9343/ 5243/ 9344

Q5) Siapakah yang menjadi penaja kepada pelajar politeknik?

Kebanyakannya Pelajar Politeknik Kota Bharu memperolehi pinjaman PTPTN, walaubagaimanapun terdapat juga penaja-penaja lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam , Yayasan Negeri-Negeri, Kuok Foundation serta Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Q6) Adakah pelajar baru dibenarkan untuk membawa motosikal sewaktu berada di kampus untuk urusan harian disana?

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran dan peraturan di kampus, mohon berhubung terus dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB.

Q7) Apakah terdapat Group Whatsapp Rasmi bagi Politeknik Kota Bharu?

Tiada group WhatsApp rasmi untuk umum, WhatsApp hanya untuk kakitangan PKB sahaja. Kami hanya menyediakan platform seperti Facebook (Politeknik Kota Bharu Rasmi), Portal rasmi PKB, instagram dan twitter untuk sebarang info, aduan dan maklumbalas.

Q8) Bagaimana cara untuk memohon diploma/ transkript bagi lulusan PKB?

Permohonan untuk mendapatkan transkrip dan diploma bagi lulusan Politeknik Kota Bharu adalah dengan menghubungi: Ketua Unit Peperiksaan, Politeknik Kota Bharu KM24 Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. No tel: 09-7889126/ 9641/ 9343/ 5243/ 9344

Q9) Bagaimana cara untuk memohon menjalani internship/ latihan industri di Politeknik Kota Bharu?

Permohonan untuk menjalani internship/ latihan industri boleh dibuat dengan menghubungi terus: Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Kota Bharu, KM24 Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. No tel: 09-7889126/ 9641/ 9343/ 5243/ 9344

Q10) Bagaimana cara untuk memohon menjadi tenaga pengajar di politeknik?

Permohonan untuk menjadi tenaga pengajar @ Pensyarah di Politeknik Malaysia adalah dibawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).